Pejabat Kami
Level 15, Dpulze,
Lingkaran Cyber Point Timur,
Cyber 12, 63000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan.

Email:
sales@getup.my

Getlearn

Belajar bina website dan aplikasi dengan cara mudah difahami

Kuasai teknik membina website, bina kedai online & dapatkan idea jana pendapatan secara digital.

Kami bantu kukuhkan asas digital anda.

Kami belajar daripada pengalaman. Ada website yang berjaya kami buat, ada juga klien yang kami perlu refund semula dan pelbagai lagi pengalaman yang telah kami lalui sepanjang tempoh lebih sedekad dalam dunia website design & development ini.

Justeru dengan pengalaman yang kami ada, kami mahu berkongsi dengan anda tips-tips membina website dari real case study, pilihan hosting yang sesuai, mencari plugin dan themes yang boleh anda guna, bagaimana untuk bersedia & bertahan dengan serangan cyber security, perkara yang anda perlu dan tak perlu buat, kesilapan yang kami pernah buat juga kami akan kongsikan dan lain-lain lagi, kami akan kongsikan segalanya dengan anda, semuanya dengan 1 matlamat – supaya anda tidak buang masa ulangi kesilapan yang kami pernah buat.

Senarai kelas yang anda boleh sertai.

Kelas Asas Domain, Hosting & cPanel

Pelajari tentang cara bagaimana memilih & membeli domian & hosting, cPanel dan cara penggunaannya, bagaimana mencipta dan mengurus subdomain, tempoh masa renew,  mencipta dan mengurus custom email, setup & configure php dan lain-lain lagi, hanya RM39 sahaja.

Kelas Membina Landing Page / Minisite

Belajar step by step cara bina landing page secara mudah dan senang diuruskan menggunakan WordPress, belajar cara menyusun gambar dan tulisan agar nampak menarik dan paling penting, jadikan website anda mobile friendly, hanya RM89 sahaja.

Kelas Membina Web Korporat

Kelas lanjutan daripada Bina Landing Page. Disini anda akan belajar cara membina pages, setkan menu untuk desktop dan mobile view, integrate dengan google map, form dan lain-lain,  hanya RM230 sahaja.

Kelas Bina Web Ecommerce

Belajar cara setup kedai online menggunakan WordPress dan juga Woocommerce. Anda perlu ada asas mengenai WordPress website terlebih dahulu supaya anda dapat belajar dan faham dengan baik, hanya RM280/seorang sahaja.

Kelas Asas Security & Backup

Belajar bagaimana profesional web designer mengurus website klien secara efisyen, cara mengurus update theme, plugins dan juga core frameworks di samping menyediakan fungsi backups secara berkala, hanya RM89 sahaja

Porfolio Website

Kami kongsikan beberapa contoh website klien yang telah dibangunkan oleh team kami di Get Up dan kami pasti, anda pasti mampu membinanya juga!

Tempah Slot Anda Hari Ini

Sertai kami dan mulakan perjalanan membina website pertama anda, bina portfolio dan jual perkhidmatan anda dengan lebih penuh yakin.